Saturday, October 4, 2008

Aidilfitri '08'



pohon-pohon yang memberi teduhan dari mentari




kubur atuk dan adik aku semakin usang di mamah usia



Pada pagi ini aku bangun pagi seperti aidilfitri sebelumnya.
bersiap ke masjid bersama bapaku untuk menunaikan solat
sunat aidilfitri. Aku lebih sukakan ringkas berseluar slack dan
berbaju melayu yang ada sebelum ini sama juga bapaku yang
berbaju t dan berkain pelekat.

Selepas menunaikan solat sunat aku sekeluarga memohon
ampun maaf sesama kami seperti tahun-tahun yang lepas.
Si anak memohon ampun pada ibu bapa dan si isteri memohon
ampun pada si suami. begitu juga yang meminta ampun diampunkan
dan yang mengampunkan turut meminta untuk diampunkan...

Masa tengahari pulak aku sekeluarga habiskan masa bersantai,
menonton tv, melayan sms dan menunggu tetamu yang akan datang
namun tak datang jugak.

Pada sebelah petang pulak, kami sekeluarga pergi ke tanah perkuburan
di kampung, Bota. Bacaan surah al-fatihah dan surah yasin disedekahkan
pada saudara maraku yang telah meninggal dunia. Yang menjadi ingatan
aku sehingga hari ini hanya kubur atuk dan adik ke 2 aku yang aku tak
sempat mengenali mereka sewaktu kecil.

Pada ketika ini juga aku teringat akan arwah opah aku yang telah
meninggalkan aku selamanya di Mekah sewaktu menunaikan haji masa
aku form 1. Aku merupakan antara cucu yang paling rapat dengannya
berbanding cucu yang lain sebab mereka tinggal jauh di KL.

sewaktu aku berusia 5 tahun opah selalu bawak aku dan adik aku pergi
kedai runcit sama-sama. Antara rengekan aku selalu dibawa kedai dah
tentulah kotak permainan 'Tora' ,'Ding Dang' dan kotak permainan yang
ade cover kamen rider. Dalam kotak permainan itu terdapat biskut yang
disaluti coklat dan permainan yang dibuat dari plastik yang agak simple.
Memori ini juga aku selalu rasai apabila melihat adik bongsu aku yang
membeli kotak permainan ini.

Kini sudah 7 tahun opah dah tinggalkan aku sekeluarga. Semoga rohnya
di cucuri rahmat bersama saudara maraku yang telah lama meninggal dunia.

Al fatihah...


perkongsian bermula...









































No comments: