Wednesday, December 3, 2008

Tewas

Tiap kali bangun dari tidur
aku selalu membencikan diriku
benci di atas perkara yang telah aku lakukan
pada masa yang telah disia-siakan

Bagaikan satu wabak yang merebak muncul entah dari mana
yang menyelubungi seluruh fizikal dan jiwaku ini
lalu aku seolah- olah dikawal oleh wabak ini

Tiap masa aku berhadapan dengan penyakit ini
berhempas pulas segala keringat ku cuba melawan
namun tiap kali aku diakhiri dengan tewas...

Sunday, October 5, 2008

Inspirasi raya

cover cd demo band

lukisan dinding yang berinspirasi


saudara Syam yang sungguh berkarisma

Raya kali ini pakcik aku dari Rawang berkunjung ke rumah aku bersama keluarganya. Biasalah, hari raya merupakan satu durasi yang memberi peluang sanak saudara bertemu bertanya khabar.
Pada malam tu, pak cik aku mengajak aku dan sepupu aku pergi jamming bersama rakan- rakanya kat seri iskandar, bota. Aku diperkenalkan kepada beberapa rakannya kebanyakan lingkungan usia pertengahan 30 an. Sesi jamming di mulakan dengan lagu 'Hukum Karma' dari kumpulan Wings. Pakcik aku mengambil posisi vokal manakala yang lain pada 2 gitar, 1 bass dan dram. Pengaruh rock kapak era pertengahan 80 an kuat pada band pakcik aku nih. Ya.. pakcik aku membesar dengan muzik era sebegini. Kebanyakan lagu yang di mainkan banyak dari kumpulan wings, search dan beberapa band dari era tersebut. Aku bertindak sebagai juru kamera yang merakam aktiviti pada malam tersebut dengan berbekalkan lensa handphone sony ericson 3.2 pm kepunyaan sepupuku.
Lepas jamming, kami semua pergi minum di restoran mamak berdekatan.Disitu mereka berbual panjang mengenai muzik rock era 80 an dan kenangan zaman remaja mereka di era tersebut.
Kemudian salah sorang member pakcik aku yang merupakan tauke studio jamming dan juga merangkap ketua band tadi telah mengeluarkan beberapa keping CD demo band tadi diberi kepada member-member yang lain.
T.K.R(Teluk Kepayang Rockers) merupakan nama band yang tertera pada cover demo ini. Nama ini telah memberikan impak semangat dan inspirasi kepada aku. ini menunjukan semangat jiwa kental rock melayu kuat pada band nih memang jelas. Sampai saja rumah, aku terus dengar demo tersebut. Terdapat 12 lagu kesemuanya.kebanyakan lagu berbentuk sindiran masyarakat dan personal. walaupn aku bukan penggemar rock kapak,aku bagi 4
setengah per 5 bintang kat demo ni. Pakcik aku bagitau kebanyakan lagu dalam demo ni direka oleh saudara Syam yang juga merupakan gitaris utama band ni. lagu -lagu dalm demo ni juga kebanyakan sudah lebih 8 tahunbaru sekarang dapat peluang publish.Kesemua ahli band takde pendidikan formal dalam muzik semua belajar sendiri, kata pakcik aku. Pak cik aku juga merupakan line up awal band ni yang telah menarik diri mungkin sebab dah berkeluarga kot...
Aidilfitri ini, T.K.R(Teluk Kepayang Rockers) telah memberikan inspirasi & semangat aku untuk terus berkarya. Yang mana hari ni aku dan bandmate aku asyik merungut 'bile la band kite ni nak jadi...' mungkin berubah dimasa hadapan. Insya Allah...
semangat takkan luntur...

Saturday, October 4, 2008

Aidilfitri '08'



pohon-pohon yang memberi teduhan dari mentari




kubur atuk dan adik aku semakin usang di mamah usia



Pada pagi ini aku bangun pagi seperti aidilfitri sebelumnya.
bersiap ke masjid bersama bapaku untuk menunaikan solat
sunat aidilfitri. Aku lebih sukakan ringkas berseluar slack dan
berbaju melayu yang ada sebelum ini sama juga bapaku yang
berbaju t dan berkain pelekat.

Selepas menunaikan solat sunat aku sekeluarga memohon
ampun maaf sesama kami seperti tahun-tahun yang lepas.
Si anak memohon ampun pada ibu bapa dan si isteri memohon
ampun pada si suami. begitu juga yang meminta ampun diampunkan
dan yang mengampunkan turut meminta untuk diampunkan...

Masa tengahari pulak aku sekeluarga habiskan masa bersantai,
menonton tv, melayan sms dan menunggu tetamu yang akan datang
namun tak datang jugak.

Pada sebelah petang pulak, kami sekeluarga pergi ke tanah perkuburan
di kampung, Bota. Bacaan surah al-fatihah dan surah yasin disedekahkan
pada saudara maraku yang telah meninggal dunia. Yang menjadi ingatan
aku sehingga hari ini hanya kubur atuk dan adik ke 2 aku yang aku tak
sempat mengenali mereka sewaktu kecil.

Pada ketika ini juga aku teringat akan arwah opah aku yang telah
meninggalkan aku selamanya di Mekah sewaktu menunaikan haji masa
aku form 1. Aku merupakan antara cucu yang paling rapat dengannya
berbanding cucu yang lain sebab mereka tinggal jauh di KL.

sewaktu aku berusia 5 tahun opah selalu bawak aku dan adik aku pergi
kedai runcit sama-sama. Antara rengekan aku selalu dibawa kedai dah
tentulah kotak permainan 'Tora' ,'Ding Dang' dan kotak permainan yang
ade cover kamen rider. Dalam kotak permainan itu terdapat biskut yang
disaluti coklat dan permainan yang dibuat dari plastik yang agak simple.
Memori ini juga aku selalu rasai apabila melihat adik bongsu aku yang
membeli kotak permainan ini.

Kini sudah 7 tahun opah dah tinggalkan aku sekeluarga. Semoga rohnya
di cucuri rahmat bersama saudara maraku yang telah lama meninggal dunia.

Al fatihah...


perkongsian bermula...